SELAMAT DATANG WELCOME

"Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, semua kenyataan yang terdapat di dalam laman ini tidak berniat mengganggu sesiapa.. ilmu adalah untuk dikongsi bersama"

be the first

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SELAMAT DATANG @ WELCOME

Friday, October 13, 2017

ALLAH


Allah...Allah...Allah...
Allah...Allah...Allah...
Allah...

Mahuku ulang selagi berasa
Menadah nyawa yang masih tersisa
Mententeram kasih padamu sahaja
Damaikan jiwaku tiap yang bermasa

Allah...Allah...Allah...
Allah...Allah...Allah...
Allah...

Tidak ku layak meminta padaMu
Tidak kulayak mencari rinduMu
Tidak kulayak akan semuanya
Dalam mempersembah diri yg amat hina

Allah...Allah...Allah...
Allah...Allah...Allah...
Allah...

Maluku bergunung andai terkata
Persis habuk yang tiada apa
Berterbangan serata tiada kemana
Mengharap Redha yang Maha Kuasa

Allah...Allah...Allah...
Allah...Allah...Allah...
Allah...

Tiada pernah terkering nikmatMu
Lahirku dulu menjengah ke tua
Terleka dunia hampir beraja
Namun hidayahMu syukur bersapa

Allah...Allah...Allah...
Allah...Allah...Allah...
Allah...

Bila tangan menadah padaMu
Takutku tiba menyengat disendi
Mengigil zarah tiada terperi
Tatkala memikir KuasaMu Pencipta

Allah...Allah...Allah...
Allah...Allah...Allah...
Allah...

Takut terkata tersilap berdoa
Takut ikhlas tidak diserta
Takut niat tidak diterima
Akhirnya ku mohon hanya Kasih-Mu

Allah...Allah...Allah...
Allah...Allah...Allah...
Allah...

Tiada apa berani ku minta
Tiada apa berani ku doa
Tiada apa berani ku niat
Sekadar hati penuh kekhusukkan
Mengharap sangat ia diterima
Melorong matlamat hanya Pada-Mu

Allah...Allah...Allah...
Allah...Allah...Allah...
Allah...

Pabila datang sayangku ke lainnya
Tepukku kuat di dalam dada
Memahat dalam hingga ke jiwa
KasihKu satu hanya-Mu yang Esa

Allah...Allah...Allah...
Allah...Allah...Allah...
Allah...

Meredah kehidupan semampu ada
Meredha semua tiap perkara
Jagakan mereka di bawah Kuasa
Kelak berjumpa kita di syurga..

Allah...Allah...Allah...
Allah...Allah...Allah...
Allah...

Ampunkan diriku yang hina ini
Walaupun aku tak layak meminta ampun
Ampunkan diriku yang hina ini
Walaupun aku tak layak berdoa
Ampunkan diriku yang hina ini
Walaupun aku hanya debu yang hina
Ampunkan diriku yang hina ini
Walaupun aku bukannya apa-apa
Ampunkanlah diriku yang hina ini
Walaupun aku tak layak minta apa-apa
Ampunkanlah diriku yang hina ini
Walaupun aku tidak bererti apa-apa

Ampunkanlah aku Ya-Allah

Tiada apa yang aku layak untuk minta
Tiada apa yang aku layak untuk minta
Tiada apa yang aku layak untuk minta
Namun berikanlah aku Kasih-Mu
berikanlah aku Kasih-Mu
Kasih-Mu Ya Allah
Kasih-Mu Ya Allah
Kasih-Mu Ya Allah

Tiada apa yang aku mahu hanya Kasih-Mu
Kasih-Mu Ya Allah
Kasih-Mu Ya Allah
Kasih-Mu Ya Allah
Berikanlah kasih-Mu Ya Allah kepadaku
Berikanlah kasih-Mu Ya Allah kepadaku
Berikanlah kasih-Mu Ya Allah kepadaku

Kasih-Mu Ya Allah
Kasih-Mu Ya Allah
Kasih-Mu Ya Allah

Amin Ya Robbal Alaminn..






Tuesday, March 22, 2016

NASI LEMAK PANDAN TOK WAN


Nasi Lemak Pandan Tok Wan

Hijau menawan mewangi di pagi
pandan mengharum penyeri duniawi
mengasak pembau agar mendekati
membeli terus pada meminati

Sedianya lama penuh teliti
resepi harian makanan sendiri
lahirnya tercipta mencukupi sehari
hasilnya kecil namun penuh erti

lemaknya nasi selera hati
dihias sekata menarik pembeli
berhenti ia tanya diberi
melihat hasilnya ramai memuji

hijau pandan harumnya asli
menyerbak sekitar kawasan berhenti
sekitar ipoh rata mencari
terkena masa tiadanya lagi

Nasi lemak resepi bersama
tidaknya lain hanyalah serupa
makanan kita yang punya dunia
akhirat kelak nikmatnya berganda

Jaganya polo itulah sementara
melihat laluan dan juga manusia
senyum ikhlas pada yang rasa
tiadalah memaksa hanyalah penyeri

Rezeki itu di sana ada
menunggu sambil hati berzikir
mengharap rezeki terbuka luasnya
sambil mengenang penjaga kecilnya

Kekadang diri menjengah sedarnya
nikmat itu banyak tidak terkata
udara dan indahnya melebihi segala
syukur diri masih merasa

kekadang hari penguat datangnya
namun diri tiada menanti
kemas sudah rezeki Allah beri
jagaannya tepat tanpa dilupai

Menjengah sahabat bertanya diri
apa nilai telah dipergi
harta gas tong dibawa lori
menunggu duit datang diberi

Cerita rayu disimpan ini
kesah dapur ibu harga ribu
tidak diambil menunjukkan hati
namun menanggung beban hanyalah diri

Bercerita tuan segala hati
kesah itu dan juga ini
hati mahu kereta tidak berkunci
segera pulang pergi ke sini

Kesah ini kesah duniawi
nasi lemak tok yang punya hati
menyara semua harapan hati
rezeki itu Allah yang beri


22/3/2016
5.23pm
perantau rasa...






Friday, July 8, 2011

FADHILAT SOLAT SUBUH

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah saw lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :


"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah saw mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis :

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah saw :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya :

"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

Ini adalah peringatan kepada diriku dan juga kepada orang di luar sana sama ada nak pergi perhimpunan ataupun yang tidak akan pergi ke mana-mana hari ini. Solatlah subuh sebelum matahari terbit. Insyallah.. Semoga kita mendapat keredhaan Allah hendaknya.


BERSIH





Kali ini saya nak cerita tentang kepentingan menjaga kebersihan kepada semua orang samaada Islam mahupun bukan. Ini tiada kaitan dengan mana-mana definisi bersih yang belum wujud ketika bab toharoh islam diajarkan nabi Muhammad kepada pengikutnya.

Ini juga tiada kaitan dengan lambang lambang perhimpunan bersih seperti di atas ini, perhimpunan yang digembar gemburkan oleh media massa yang akan berlaku esok. Aku berdoa walau apa pun berlaku esok aku amat berharap Malaysia masih menjadi tempat tinggal yang selamat untuk anak aku yang masih berumur 5 bulan lebih. Anak aku pun tak tahu apa makna BERSIH lagi. Nak ikut berhimpun, pun jauh panggang dari api. Kira jauh yang membuatkan apa yang dipanggang tak akan masak. Jadi kalau nak panggang ayam atau nak buat kambing panggang eloklah di panggang berdekatan dengan api atau makna lainnya di atas api maka cepatlah masak panggangan kamu itu. Berbalik kepada perhimpunan tersebut aku juga berharap orang Melayu sesama Melayu tidak akan bertelingkah panjang, tidak akan saling berbunuhan dan tidak akan membuat sesuatu yang akan merugikan bangsanya sendiri. Kalau dah bertelingkah panjang nanti sejarah akan berulang. Aku pun taknak bercerita tentang sejarah pertelingkahan orang melayu di sini. Baca buku sejarah kalau nak info lebih. Cuma nak cakap Orang Melayu nie kalau bergabung boleh membina Tamadun Agung. Begitulah sebaliknya. Semoga Allah akan melindungi semua umat Islam di Malaysia dari segala porak peranda dan kacau bilau. Aminnn....

Berbalik kepada tajuk asal aku nak bincang tentang taharah atau kepentingan menjaga kebersihan ini. Semoga tajuk ini akan memberikan takrif dan ikutan yang baik kepada semua. seperti hadis nabi yang bermaksud " Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat", sampai menyampai yang baik adalah sunah untuk memastikan setiap orang melakukan perkara yang betul yang mengikut syariat Allah Subhaanahuwatala dan syariat Nabi Muhammad S.A.W. Beginilah bab Taharah itu bermula...


Bab 1 : Taharah / Bersuci


1. Definisi :


i) Dari segi bahasa : Suci dan bersih
ii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.


2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.


3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan.


4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :


" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikan kamu dengannya... "


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :


" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan "


5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.


6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan itu adalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Ta'ala. Oleh itu untuk melakukannya, maka wajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .


7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripada penyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.


8. Syarat wajib taharah ialah :


· Islam


· Berakal


· Baligh


· Masuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).


· Tidak lupa


· Tidak dipaksa


· Berhenti darah haid dan nifas


· Ada air atau debu tanah yang suci.


· Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.


9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.


10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimana firman Allah:











025.048 وَΩ‡ُوَ Ψ§Ω„َّΨ°ِي Ψ£َΨ±ْΨ³َΩ„َ Ψ§Ω„Ψ±ِّيَΨ§Ψ­َ Ψ¨ُΨ΄ْΨ±ًΨ§ Ψ¨َيْΩ†َ يَΨ―َيْ Ψ±َΨ­ْΩ…َΨͺِΩ‡ِ وَΨ£َΩ†ْΨ²َΩ„ْΩ†َΨ§ Ω…ِΩ†َ Ψ§Ω„Ψ³َّΩ…َΨ§Ψ‘ِ Ω…َΨ§Ψ‘ً Ψ·َΩ‡ُورًΨ§


Maksudnya :
"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "


11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja' dan tanah atau debu tanah sebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.


12. Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah:


· Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatu sifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:


o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yang menjadi cair dan air embun.


o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripada mata air, air perigi, air sungai dan air laut.


· Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampur dengan sesuatu. Firman Allah:












004.043 يَΨ§ Ψ£َيُّΩ‡َΨ§ Ψ§Ω„َّΨ°ِΩŠΩ†َ Ψ’Ω…َΩ†ُوا Ω„Ψ§ ΨͺَΩ‚ْΨ±َΨ¨ُوا Ψ§Ω„Ψ΅َّΩ„Ψ§Ψ©َ وَΨ£َΩ†ْΨͺُΩ…ْ Ψ³ُΩƒَΨ§Ψ±َΩ‰ Ψ­َΨͺَّΩ‰ ΨͺَΨΉْΩ„َΩ…ُوا Ω…َΨ§ ΨͺَΩ‚ُΩˆΩ„ُΩˆΩ†َ وَΩ„Ψ§ Ψ¬ُΩ†ُΨ¨ًΨ§ Ψ₯ِΩ„Ψ§ ΨΉَΨ§Ψ¨ِΨ±ِي Ψ³َΨ¨ِΩŠΩ„ٍ Ψ­َΨͺَّΩ‰ ΨͺَΨΊْΨͺَΨ³ِΩ„ُوا وَΨ₯ِΩ†ْ ΩƒُΩ†ْΨͺُΩ…ْ Ω…َΨ±ْΨΆَΩ‰ Ψ£َوْ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ³َفَΨ±ٍ Ψ£َوْ Ψ¬َΨ§Ψ‘َ Ψ£َΨ­َΨ―ٌ Ω…ِΩ†ْΩƒُΩ…ْ Ω…ِΩ†َ Ψ§Ω„ْΨΊَΨ§Ψ¦ِΨ·ِ Ψ£َوْ Ω„Ψ§Ω…َΨ³ْΨͺُΩ…ُ Ψ§Ω„Ω†ِّΨ³َΨ§Ψ‘َ فَΩ„َΩ…ْ ΨͺَΨ¬ِΨ―ُوا Ω…َΨ§Ψ‘ً فَΨͺَيَΩ…َّΩ…ُوا Ψ΅َΨΉِيدًΨ§ Ψ·َيِّΨ¨ًΨ§ فَΨ§Ω…ْΨ³َΨ­ُوا Ψ¨ِوُΨ¬ُΩˆΩ‡ِΩƒُΩ…ْ وَΨ£َيْΨ―ِΩŠΩƒُΩ…ْ Ψ₯ِΩ†َّ Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡َ ΩƒَΨ§Ω†َ ΨΉَفُوًّΨ§ ΨΊَفُورًΨ§


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. ”
(Surah Al-Nisa’, 4:43)


3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannya sekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busuk atau rosak.


4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.


Rujukan Kitab :


1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani
2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .
3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .
4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.

Begitulah serba sedikit penerangannya di dalam bahasa melayu, manakala untuk pembaca yang tidak faham bahasa melayu, read info below,


Purity (Arabic: Ψ·Ω‡Ψ§Ψ±Ψ©‎, Tahara(h)) is an essential aspect of Islam.


The Qur'an says: “In it there are men who love to observe purity and Allah loves those who maintain purity.”[Qur'an 9:108]


Observing cleanliness of the body, the clothes and the surroundings is obligatory upon every Muslim, and this is considered as one of the pillars of Islam for the Ismailis.


Before offering prayers it is necessary to perform wudu and in certain cases wudu and ghusl both. The purifying agent is always pure water. However, during times when water is not available or is scarce, symbolic wudu and ghusl can be performed with clean dry earth which is known as 'Tayammum'.


If the body or clothes show traces of blood, pus, urine, feces, semen or alcohol, then Taharat becomes essential. The clothes should be washed and the affected part of the body cleaned with pure water, or the whole body given as ghusl as the case may be.


A person must not touch the Qur'an if the person is not in the state of Taharat. The Qur'an says: “None shall touch it but those who are clean.”[Qur'an 56:79] However, it is reliably narrated (Bukhari and Muslim) that the Prophet let nothing keep him from the Qur'an except a state of janaba (sexual defilement), which requires ghusl to expunge. When in a state of janaba, one is not allowed even to recite the Qur'an, let alone touch it, but in a state of minor ritual impurity, it is considered acceptable (in some schools, makruh) to handle the Qur'an and to read it, and is considered to be acceptable (neutral, mubah) to recite it, although it is better liked (recommended, mustahabb) to be ritually pure when reading or reciting the Qur'an, or handling a mushaf (printed copy of the Qur'an). A mushaf is only a Qur'an if it is the Arabic Qur'anic text, and a book that contains more than 50% non-Qur'anic material is not viewed as a Qur'an for the above purposes, even if it contains verses of the Qur'an or the entire Qur'anic text. Examples would be a tafsir, such as that of Ibn Kathir or Ibn Taymiyyah, or a translation of the Qur'an such as Yusuf Ali's (with commentary) which contains over fifteen times as much text in footnotes than it does in Qur'anic text or Qur'anic interpretation in either Arabic or English, or a book of hadith that contains Qur'anic verses embedded in the narrations.


Cleaning teeth is also very important. Muhammad is reported to have said that the angels of mercy turn away from a person whose mouths emits foul smell because of unclean teeth. It is not only unhygienic to neglect cleaning teeth but also an anti-social habit likely to repel people from one's presence. It is narrated by Ibn Majah to "Use the Miswaak, for verily, it purifies the mouth, and it is a Pleasure for the Lord. Jib-ra-eel (A.S.) exhorted me so much to use the Miswaak that I feared that its use would be decreed obligatory upon me and upon my Ummah. If I did not fear imposing hardship on my Ummah I would have made its use obligatory upon my people. Verily, I use the Miswaak so much that I fear the front part of my mouth being peeled (by constant and abundant brushing with the Miswaak)."

walaupun penerangannya adalah ringkas aku harap dapat mengamalkan sedikit sunah di sini iaitu sampaikanlah dariku walau satu ayat.... Insyallah. Salam kasih sayang buat semua umat Islam di dunia... Assalamualaikum warahamtullahi wabarakatuh..

Thursday, July 7, 2011

ANKLE OPEN FRACTURE

Aku Patah kaki? Ye...aku yang patah kaki... accident sebab tu blog tak update, mcm patah jari pulak tak boleh update... tapi sebenarnya aku update blog lain.. blog nie.. blog org umah..

Tapi apa makna patah kaki atau kecederaan bahagian kaki?

Bagaimana doktor melakukan pemeriksaan ke atas bahagian yang tercedera?

Perkara pertama yang doktor lakukan adalah bertanya sejarah kecederaan (cara kecederaan berlaku) dan melakukan pemeriksaan ke atas pergelangan kaki berkenaan. Doktor merekodkan tahap bengkak dan bahagian lebam. X-ray kemudian dilakukan ke atas pergelangan kaki yang tercedera untuk memastikan sama ada terdapat tulang yang patah atau tidak. Pemeriksaan klinikal mungkin menyakitkan kerana doktor perlu menggerakkan pergelangan kaki yang tercedera untuk membuat diagnosis yang tepat.

Dalam kes tertentu contohnya, bila doktor menyangka kepatahan jenis tekanan berlaku, imbasan MRI akan dilakukan. MRI mampu memberikan keputusan kecederaan pergelangan kaki dengan lebih terperinci, ini dapat membantu doktor untuk memastikan sama pesakit perlukan pembedahan.

Untuk kebanyakan kecederaan pergelangan kaki, sakit boleh dirawat dengan mengambil ubat penahan sakit seperti acetaminophen atau ubat antikeradangan bukan steroid (NSAIDS) seperti ibuprofen. Rawatan yang khusus bergantung kepada jenis kecederaan pergelangan kaki yang dialami.

Rawatan tulang patah.

Kepatahan tulang boleh dirawat dengan pembedahan atau konservatif. Sekiranya hanya satu tulang yang patah, tidak lari daripada kedudukan asalnya dan sendi buku lali masih stabil, ia boleh dirawat secara konservatif atau tanpa pembedahan. Kepatahan itu akan dirawat dengan menghentikan pergerakan pergelangan kaki dengan pendakap (brace) yang bertindak sebagai splin kepada tulang yang patah atau dengan menggunakan simen POP atau gentian kaca.

Sekiranya kepatahan itu menyebabkan pergelangan kaki tidak stabil, kepatahan tersebut akan dirawat secara pembedahan dan skru serta plat besi akan dipasang untuk menyambung tulang yang patah.

Selalunya tulang yang patah mengambil masa selama enam minggu untuk sembuh. Dalam tempoh itu doktor selalunya tidak membenarkan pesakit berpijak pada kaki yang patah itu. Berpijak terlalu awal boleh menyebabkan tulang yang patah meregang dan plat besi serta skru patah. Pembedahan tersebut akan gagal.

Kebanyakan pesakit boleh kembali melakukan aktiviti normal hariannya dalam tiga hingga empat bulan selepas pembedahan. Pesakit perlu melakukan terapi fizikal seperti latihan pergerakan sendi dan latihan kekuatan otot. Ini mungkin memakan masa selama beberapa bulan sebelum pesakit menjadi cukup kuat untuk berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Mungkin begini keadaan kakiku, tapi aku belum amik full laporan perubatan lagi ada tinggal kat Hospital Serdang.





Ngeri............... Alhamdulilah aku telah beransur pulih, cuma besi tersebut masih duduk diam dalam kaki kanan ku...

Info